TIPS TRAVEL IBU MENGANDUNG
Semasa mengandung, ada kalanya anda perlu menempuh perjalanan jauh seperti balik kampung, urusan kerja ke luar bandar yang mungkin mengambil masa berjam-jam dalam kenderaan.
Tidak seperti perjalanan biasa, perjalanan jarak jauh semasa mengandung memerlukan persiapan khusus untuk keselesaan ibu dan perkembangan janin dalam rahim tetap selamat.
Aza sendiri sangat aktif dengan urusan bisnes dan coaching dan perlu travel sehingga ke Sabah sewaktu mengandungkan anak ke dua.
Bolehkah Membuat Perjalanan Jauh Semasa Mengandung?
Sebenarnya, membuat perjalanan jauh semasa mengandung adalah selamat, seperti yang dijelaskan sebuah artikel oleh Prof. Madya Dr. Shah Reza Johan Noor, Pakar Perbidanan dan Sakit Puan Hospital Universiti Sains Malaysia. Malah, menurut beliau lagi, perjalanan masih boleh dilakukan walaupun sudah menghampiri tarikh kelahiran. Cuma, ada beberapa tip travel yang perlu dititikberatkan.
1. Semak Kemudahan Kesihatan
Pastikan keadaan kesihatan ibu mengandung adalah baik dan memenuhi semua temujanji pranatal. Jangan lupa bawa sekali buku rekod kesihatan ibu mengandung untuk dijadikan rujukan sekiranya berlaku sebarang kecemasan.
Jika pergi ke tempat baru, buat sedikit kajian tentang destinasi yang ditujui agar terdapat kemudahan berhampiran untuk memeriksa kandungan serta kesihatan anda.
Di samping itu, pastikan semua ubat-ubat yang dipreskripsikan oleh doktor telah dibawa bersama.
2. Waktu Paling Elok Untuk Travel
Menurut doktor, waktu paling ideal untuk membuat perjalanan jauh semasa mengandung anda adalah antara minggu ke 14 hingga 28, iaitu sekitar trimester kedua. Ini kerana, kebanyakan wanita tidak lagi mengalami masalah kehamilan seperti mual, loya, atau keletihan yang melampau.
Jika terlalu lewat atau menghampiri tarikh kelahiran. dikhuatiri berlakunya sakit-sakit bersalin sebelum cukup tempoh 37 minggu (kelahiran pramatang).
Walaubagaimanapun, ia bergantung juga kepada keadaan kesihatan anda secara keseluruhannya.
3. Sediakan Makanan
Tip travel ibu mengandung yang ke 3 ialah, elakan perjalanan jauh dengan perut yang kosong, apa lagi jika ibu kerap mengalami morning sickness dan anemia, sediakan makanan ringan seperti buah-buahan, kurma, kekacang atau roti dan juga air putih secukupnya untuk mencegah rasa mual.
Sediakan juga beg plastik jika ibu ingin muntah, hal ini biasa terjadi semasa berada di trimester pertama.
4. Utamakan Keselamatan
Sekiranya terdapat tanda merisaukan seperti pendarahan, kekejangan yang teruk, rasa kontraksi, masalah penglihatan yang timbul secara tiba-tiba, elakkan daripada memaksa diri membuat perjalanan jauh semasa mengandung.
Selain tanda tersebut, golongan yang berisiko dan mempunyai masalah kehamilan seperti darah tinggi, kencing manis, atau masalah uri di bawah juga tidak digalakkan untuk membuat perjalanan jauh tanpa persediaan dan surat kebenaran doktor.
5. Sediakan Vitamin Ibu Mengandung
Selain itu , tip travel yang sangat penting buat ibu mengandung dan bayi ialah. Siapkan vitamin kehamilan dan kit kecemasan di dalam beg anda sebagai persiapan sepanjang tempoh perjalanan.
Kekurangan nutrisi boleh akibatkan pelbagai masalah kesihatan kepada ibu hamil, antaranya pitam, sebu perut, keletihan dan kejang kaki. Keadaan ini berlaku kerana bayi mengambil apa yang diperlukannya daripada simpanan badan terutama pada trimester kedua dan ketiga.
ibu-ibu hamil boleh perlu mengambil makanan tambahan secukupnya terutamanya kalsium magnesium, folic asid, vitamin C, multivitamin, Iron dan protein.
MACAM MANA NAK BELI VITAMIN IBU MENGANDUNG SHAKLEE?
Jika anda berminat untuk mendapatkan vitamin ibu mengandung Shaklee anda boleh hubungi Aza.
CLICK DAFTAR AHLI SHAKLEE UNTUK JADI AHLI SECARA PERCUMA
Perlukan bantuan?
Contact saya AZATUL – 016-2876196