TIPS MUDAH BANTU KANAK-KANAK OBESITI KURUS DENGAN CEPAT
Obesiti dikalangan kanak- kanak di Malaysia sangat membimbangkan, dengan 29.8 peratus kanak-kanak berumur 5 hingga 17 mengalami berat badan berlebihan (15.0 peratus) atau obes (14.8 peratus). Untuk entry kali ini, saya akan berkongsi tip mudah yang ibu bapa boleh amalkan untuk bantu anak mereka kurus dengan cepat.
Ketika Malaysia menjadi negara kedua tertinggi obesiti di kalangan kanak-kanak di ASEAN. Kita masih lagi melihat FAST FOOD menjadi pilihan popular ibu bapa.
Sekiranya masa kecil gemuk, kegemukan itu cenderung untuk kekal sehingga dewasa.
Lebih menakutkan, obesiti dikaitkan dengan lebih daripada 200 penyakit kronik termasuk kardiovaskular, diabetes, tekanan darah tinggi dan barah serta meningkatkan risiko diabetes jenis dua sebanyak tujuh kali ganda untuk lelaki dan 12 kali ganda untuk perempuan.
Menurut Profesor Perubatan dan Perunding Endoktrinologi Universiti Teknologi Mara, Profesor Dr Rohana Abdul Ghani berkata, apa yang lebih membimbangkan peningkatan obesiti dikalangan kanak-kanak, meningkatkan risiko yang lebih tinggi untuk menghidap penyakit kronik seperti kardiovaskular dan diabetes dari usia yang muda.
“Terdapat juga impak sosial dan perkembangan negatif untuk kanak-kanak yang mengalami obesiti seperti gangguan pencapaian akademik di sekolah selain keyakinan diri yang lebih rendah akibat dibuli,” katanya.
Bagaimana cara kita membina budaya hidup sihat di dalam keluarga ?
TIP MUDAH KURUS UNTUK ANAK-ANAK
Jadi teladan yang baik
Anak-anak adalah cerminan kita. Jika mahu anak-anak sihat, ia hendaklah bermula daripada ibu bapa dahulu. Sebagai ibu bapa kita juga merupakan orang yang bertanggungjawab mengenalkan makanan kepada anak-anak dan membuat pilihan barang dapur yang kita bawa balik ke rumah.
Mulakan daripada mereka kecil. Kenalkan dan biasakan anak-anak dengan makanan yang sihat. Elakan membeli makanan, minuman yang tinggi gula, bahan pengawet, pewarna dan pelbagai perisa tiruan.
Sekiranya anda sendiri turut mengalami masalah berat badan, cubalah untuk kurangkan berat badan dan menjadi contoh teladan kepada anak anda.
Masa riadah setiap hari
Di zaman sekarang, sangat penting untuk memaksa kanak-kanak anda untuk keluar rumah dan melibatkan diri dalam aktiviti fizikal seperti bersukan, bermain dengan jiran dan lain-lain lagi. Jangka masa yang sesuai adalah 60 minit setiap hari!
Makan makanan yang disediakan di rumah
Makanan terbaik adalah yg disediakan sendiri di rumah oleh si ibu. Kita boleh kawal apa yang kita masukkan dalam masakan kita.
Makanan yg dimasak di restoran ataupun di gerai kebiasaannya mengandungi bahan penambah perisa, garam dan gula yang banyak. Antara penyumbang utama kegemukan! Masakan yg dimasak sendiri di rumah adalah lebih selamat, sihat dan lebih teliti penyediaannya.
Sediakan snek yang sihat
Sarapan, makan tengah hari dan malam mungkin lebih mudah untuk dikawal, tetapi kudapan ataupun makanan di antara hidangan atau snek adalah pencetus kegemukkan kerana ia selalu TIDAK dikawal dan dipenuhi makanan yang TIDAK sihat.
Jadi pastikan anda sediakan snek yang mudah dan sihat untuk kanak-kanak anda. Contoh adalah sandwich tuna, protein shake, timun potong dan buah-buahan.
Ambil Supplement Shaklee
Pengambilan supplement bantu untuk melengkapkan zat yang lompong daripada badan ketika diet. Jadi kita bukan sekadar nak anak kita kurus, tapi kita nak mereka sihat luar dan dalaman juga.
Supplement yang saya cadangkan ini turut saya amalkan kepada anak-anak saya iaitu Maryam dan Hana. Mereka berdua telah amalkan supplement Shaklee daripada kecil sehingga sekarang.
bukan sekadar membantu anak-anak kawal berat badan malah sangat bermanfaat untuk kecergasan minda, kuatkan antibodi badan, elakan sembelit serta kulit yang sihat.
MEALSHAKE
Minuman segera yang tinggi nutrisi berperisa French Vanila. The only FAST FOOD yang kaya dengan 19 vitamin, protein, serat, kalsium dan tanpa lemak trans untuk pertumbuhan badan yang sihat.
Antara kebaikan Mealshake membantu tumbesaran serta elakan masalah sembelit.
OMEGAGUARD
Kaya dengan DHA dan EPA, Omega 3 dalam Omega Guard daripada minyak ikan tulen membantu meningkatkan pembakaran lemak dalam badan. Selain itu Omega 3 juga terbaik dalam perkembangan minda, penglihatan, dan fokus dalam pembelajaran.
PROTEIN ESP
- Membantu mengenyangkan lebih lama
- Membantu mengekalkan jisim otot . Kurus takdelah kulit gleber
- Membekalkan tenaga berterusan
- Glisemik Index yang rendah 39 G.I . Mudah nak kawal berat badan
TANGGUNGJAWAB ANDA SEBAGAI IBU BAPA
Kesihatan dan keceriaan anak-anak lah yang paling membahagiakan kita sebagai ibu bapa kan? Inilah usaha kami dalam menjaga kesihatan anak-anak kami, semestinya dengan izin Allah jua.
InsyaAllah, anak-anak yang amalkan 5 TIPS MUDAH KURUS dan cukup nutrisi dengan supplement Shaklee sukar untuk mengalami masalah obesiti. Malah sangat membantu dalam kuatkan antibodi dan kecergasan minda untuk kecemerlangan pembelajaran mereka di sekolah.
Usahakan membina budaya serta rutin sihat demi keluarga tersayang.
Jangan serahkan tanggungjawap kesihatan kanak-kanak anda kepada pihak ketiga seperti pengasuh, cikgu sekolah mahupun orang gaji. Kalau lah anda betul-betul sayangkan anak anda, pastikan berat badannya pun dalam kawalan anda.
Nak dapatkan Set Kurus Shaklee Untuk Anak Anda
CLICK DAFTAR AHLI SHAKLEE UNTUK JADI AHLI SECARA PERCUMA
Perlukan bantuan?
Contact saya AZATUL – 016-2876196
#NextLevelBlogging
#BlogMegaShaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
One thought on “TIPS MUDAH BANTU KANAK-KANAK OBESITI KURUS DENGAN CEPAT”