TESTIMONI SHAKLEE, KISAH SAYA KONSISTEN SHAKLEE 18 TAHUN
Nak tahu kisah saya jatuh cinta dan konsisten Shaklee selama 18 tahun ? Jom saya kongsikan kan testimoni Shaklee saya.
18 tahun lepas asalnya makan Shaklee kerana pelbagai masalah kesihatan iaitu Scoliosis , Anemia, sembelit, antibodi badan yang lemah (mudah demam), Migrain dan Gastrik yang teruk. Banyakkan!
Berulang alik dari hospital dan pusat physio, bergantung pada ubat tahan sakit adalah perkara normal untuk saya waktu itu.
Sehingga akhirnya bertambah tahun, tahap kesihatan semakin merosot, bekal ubat semakin bertambah. Saya dicadangkan oleh Doktor yang merawat pada masa tu untuk mencari Shaklee sebagai ikhtiar.
BERMULA SHAKLEE ALLAH HANTAR DALAM HIDUP SAYA
Alhamdulillah bila kita mencari pasti Allah hantarkan bantuan. Pertemuan dengan kawan Mak yang merupakan pengedar Shaklee iaitu Aunty Faridah Megat Shariff di Carrefour Subang Jaya menjadi permulaan saya mengenali produk Shaklee.
Alhamdulillah setelah amalkan produk Shaklee iaitu pada masa itu dipanggil Family Wellness Set (semua essential nutrient iaitu Protein ESP, Multivitamin, Vitamin C, Bcomplex, Oste dan Herblax) dengan istiqomah berserta ikut rawatan di hospital dan ubah lifestyle kepada lebih sihat.
Baiknya Allah, kesihatan saya semakin baik, gastrik hilang, tak mudah pengsan dan pitam lagi serta yang paling seronok dengan izin Allah direzekikan dah 18 tahun TAK PERLU MAKAN sebarang UBAT TAHAN SAKIT lagi. MasyaAllah tabarakallah syukur sangat
Appointment dengan pakar chiropractic untuk rawatan ulangan Scoliosis juga semakin kurang, dari 3 x seminggu kepada sebulan sekali dan sehingga sekarang selepas 18 tahun cuma bila sakit sahaja.
TESTIMONI SHAKLEE : SET KURUS SHAKLEE
Oh ada satu lagi yang BEST GILER kesan saya konsisten amalkan Produk Shaklee ialah BERAT BADAN saya SLIM RAMPING tanpa sedar. Dari size L ke XS tau !! Lepas tu maintain je walaupun dah 2 kali mengandung, menyusu dan sekarang dah masuk umur 40 lebih ni.
Sampaikan sekarang ni kalau saya katakan yang dulu saya pernah gemuk. Ramai yang tak percaya.
Boleh baca lebih lanjut SET KURUS SHAKLEE
TESTIMONI SHAKLEE : KULIT LEBIH CERAH
Dulu saya takde masalah kulit seperti jerawat yang dihadapi rakan-rakan lain. Tapi masalah paling ketara ialah sunburn dan berminyak.
Dengan izin Allah, bertambah tahun dan umur. Alhamdulillah asbab konsisten baja kulit dengan nutrisi yang betul, ia membantu saya pada usia 40 mendapat kulit sihat dan lebih cerah berbanding zaman muda.
Boleh baca lebih lanjut SET KULIT CANTIK DI USIA 40