SHAKLEE SUNGAI BULOH

Pengedar Shaklee Terbaik

PETUA HILANGKAN JERAGAT DENGAN BERKESAN

PETUA HILANGKAN JERAGAT DENGAN BERKESAN

Puan dah cuba bermacam-macam produk jeragat? Mungkin juga dah berpuluh jenis petua yang puan dah buat. Tapi masih belum berjaya. Jangan risau, kerana untuk entry kali ini saya ingin kongsikan petua hilangkan jeragat yang terbukti berkesan insyaAllah!

KENAPA JERAGAT BERLAKU ?

Jeragat atau dikenali juga sebagai pigmentasi, muncul akibat pengumpulan melanin yang banyak, di mana munculnya tompok-tompok kecil berwarna coklat atau perang pada kulit anda.

Pada mulanya, jeragat hanya tompokan kecil. Namun jika dibiarkan, jeragat akan merebak dan memenuhi keseluruhan muka kerana ia bersifat “HIDUP dan TUMBUH”. Dalam erti kata lain, dalam diam ia boleh beranak pinak!

Ia tidak semestinya muncul pada wajah sahaja kerana ia boleh juga berlaku pada mana-mana kawasan kulit yang terdedah kepada cahaya matahari.

Ia juga kebiasaannya kelihatan lebih gelap berbanding warna kulit yang asal. Kesannya akan mengakibatkan tona wajah anda menjadi tidak sekata.

Punca jeragat ialah disebabkan oleh penghasilan komponen melanin secara berlebihan pada kulit anda.

Melanin yang dihasilkan sel kulit disebut melanosit – berfungsi untuk melindungi kulit daripada kerosakan disebabkan sinaran matahari dengan menyerap dan memantulkan cahaya ultraviolet (UV).

Melanin bertanggungjawab dalam proses pigmentasi atau penghasilan warna pada kulit dan juga rambut.

FAHAMI PUNCA JERAGAT

Mengetahui punca kemunculan jeragat juga penting sebelum menentukan produk dan petua untuk hilangkan jeragat yang bersesuaian.

Terdapat 2 keadaan di mana ia menjadi punca jeragat iaitu:

  1. Ephelides

Jeragat jenis ini disebabkan oleh pendedahan kulit kepada cahaya matahari dan juga kesan terbakar daripada cahaya tersebut.

Ia boleh terjadi pada sesiapa sahaja yang tidak melindungi diri daripada sinar UV. Masalah ini lebih kerap berlaku pada mereka yang mempunyai kulit berwarna cerah.

Jeragat ini biasanya muncul pada bahagian badan yang terdedah kepada matahari seperti:

  • Muka
  • Lengan
  • Bahagian atas dada
  • Leher
  • Belakang badan

Individu yang lebih berisiko untuk mengalami jeragat jenis ini adalah mereka berusia antara 20 hingga 40 tahun.

2. Lentigin solar

Jenis jeragat ini biasanya muncul disebabkan faktor penuaan – khususnya pada mereka yang berusia 40 tahun ke atas.

Pendedahan berulang kepada sinaran matahari menjadi antara faktor mendasari kemunculan jeragat ini, terutamanya pada bahagian kulit terdedah seperti:

  • Muka
  • Bawah lengan
  • Belakang tangan
  • Dada
  • Belakang badan
  • Bahu
  • Betis

NUTRISI PENTING UNTUK HILANGKAN JERAGAT

Setiap produk krim jeragat pastinya mempunyai ramuan yang berbeza. Namun untuk menjadikan ia berkesan, sesuatu produk itu perlu mengandungi komponen seperti:

1. POLIFENOL

Keistimewaan POLIFENOL ialah dapat REPAIR & PROTECT sehingga ke dalam DNA sel kulit yang dah rosak seterusnya membantu memudarkan jeragat dan melindungi sel yang masih sihat

Dalam masa yang sama polifenol di dalam Vivix & ResV juga menyerap UV dan membantu mengurangkan perkembangan melanin, mengembalikan ketegangan kulit sambil menghilangkan garis-garis halus dan kedutan pada wajah.

2. VITAMIN C

Vitamin C merupakan agen pencerahan kulit yang sangat membantu dalam memudarkan bintik gelap dan merawat jeragat.

Vitamin C juga membantu membina kolagen kulit.

3. Niacinamide

Gabungan niacinamide dan vitamin C dapat mencegah pembentukan pigmen, penting dalam mencegah punca jeragat.

4. GLA

Pengambilan Gamma Lenolenic Acid (GLA) penting untuk stabilkan hormon. Bila hormon stabil, senanglah jeragat hilang.

Selain itu, GLA Complex juga ada vitamin E yang memulihkan sel jeragat, menegang dan mencerahkan tompok hitam.

GLA Complex ni adalah terbaik kerana ia ada 2x ganda lebih GLA berbanding produk lain dipasaran.

5. VITAMIN E

Vitamin E sangat popular untuk merawat pelbagai masalah kulit. Kandungan antioksidannya yang tinggi adalah kunci bagi hilangkan jeragat di wajah.

1 Softgel vitamin E sehari mampu mengurangkan bintik jeragat dan menghalang penuaan. Selain itu, vitamin E juga berfungsi untuk mengawalselia vitamin A bagi tujuan pemulihan kulit rosak.

Ambil satu softgel vitamin E, pecahkan dan sapukan pada kawasan jeragat.
Ia mempercepatkan proses hilangkan jeragatt. Sel itu akan diganti dengan sel baru.

Masker yang sangat murah pulak. Tak payah nak cari masker yang mahal- mahal di kedai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *