SHAKLEE SUNGAI BULOH

Pengedar Shaklee Terbaik

KEPERLUAN WANITA MENGANDUNG

KEPERLUAN WANITA MENGANDUNG

Pengalaman dua kali mengandung, Aza nak kongsikan perkara yang betul-betul jadi keperluan untuk wanita mengandung. Meliputi persiapan dari semasa ibu baru disahkan mengandung hinggalah kepada sebelum bayi dilahirkan. 

Biasanya mengandung kali pertama memang agak teruja dan tak tahu apa yang patut, jadi agak banyak kesilapan dan pembaziran. Dari situlah Aza belajar supaya tak ulang kesilapan untuk anak kedua supaya dapat elakkan dari membeli yang tidak sepatutnya. Amnya, segala yang disenaraikan di bawah adalah barangan yang benar-benar diperlukan sahaja.

Sepanjang tempoh kehamilan 

Berikut antara barangan penting untuk mereka yang bakal bergelar ibu:

  • Vitamin Ibu Mengandung
  • Buku Pink / Butiran Kesihatan Ibu Sepanjang Mengandung
  • Bra dengan sokongan tambahan
  • Pakaian sesuai untuk ibu mengandung dan seluar yang boleh diregangkan pada pinggang
  • Bantal tambahan untuk sokongan
  • Krim badan atau minyak kelapa dara untuk melegakan kulit meregang dan kekeringan yang biasanya disebabkan oleh hormon kehamilan

Persediaan ke hospital

Untuk ibu

  • Vitamin
  • Selipar
  • 2 atau 3 bra yang selesa dan menyokong, termasuk bra penyusuan jika anda merancang untuk menyusu badan. Ingat! Payudara anda akan lebih besar daripada biasa
  • Pelapik payudara
  • Stoking – dalam beberapa pasang
  • Seluar dalam  – dalam beberapa pasang
  • Peralatan mandian – berus gigi, ubat gigi, penyikat rambut, pelembap bibir
  • Pakaian selesa dan longgar untuk dipakai pulang ke rumah 
  • Tuala mandi
  • 3-4 keping tuala wanita atau bersalin

Untuk Baby

  • Sekurang-kurangnya sepasang pakaian untuk dipakai pulang ke rumah – sediakan beberapa saiz berbeza 0-3 bulan dan bukan sekadar baju newborn
  • Selimut
  • Beberapa keping lampin bayi, kain
  • Stoking bayi

Barang yang harus dielakkan dalam beg hospital

Adakalanya bakal ibu akan membawa barang secara berlebihan. Namun ada sesetengah barangan yang tidak seharusnya dibawa ke hospital, seperti:

  • Terlalu banyak pakaian untuk ibu dan bayi – elakkan berlebihan atau ia hanya akan menyusahkan anda
  • Barangan berharga! Tidak perlu memakai barangan kemas atau apa sahaja barangan bernilai. Beringat itu adalah lebih baik, bukan?
  • Wang tunai yang banyak

Perkara perlu buat sebelum bersalin

Pertama sekali, anda dan pasangan haruslah lakukan semua perkara-perkara di bawah ini sebelum bersalin iaitu:

  • Persedian mental dan fizikal
  • Daftarkan diri di hospital yang telah kalian pilih
  • Catitkan nombor telefon unit bersalin di hospital tersebut
  • Tentukan waktu dan jalan paling tepat untuk pergi ke hospital
  • Tentukan pengangkutan untuk membawa anda pergi ke hospital
  • Pastikan anda tahu di mana perlu tuju sesudah sampai di hospital
  • Solat hajat dan banyakkan berdoa

Dengan perancangan ini, maka kalian tidaklah akan mengalami situasi kelam-kabut atau huru-hara apabila sudah sampai waktu untuk melahirkan kelak.

BERMINAT NAK AMALKAN SET VITAMIN IBU MENGANDUNG dan BERPANTANG SHAKLEE

CLICK DAFTAR AHLI SHAKLEE UNTUK JADI AHLI SECARA PERCUMA

Perlukan bantuan? 

Contact saya AZATUL – 016-2876196

(Click to WHATSAPP).

Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?

Ingin menjana pendapatan 4-5 angka setiap bulan dari rumah?

COD area: Sungai Buloh, Puncak Alam, Subang Bestari, Bukit Jelutong, Kota Damansara dan sekitarnya POS ke seluruh Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *