DOA BAGUS UNTUK WANITA MENGANDUNG
Setiap wanita hamil pasti mahukan kelancaran sepanjang proses kehamilan itu. Setiap usaha perlu bersamaan dengan ikhtiar iaitu meletakan pergantungan kepada Allah SWT. Artikel pda kali ini, Aza akan kongsikan kepada ada mengenai doa bagus untuk wanita yang mengandung.
Bagi seseorang wanita yang sedang hamil, terdapat beberapa perkara yang perlu dititikberatkan sebagai suatu langkah awal untuk menjamin bayi di dalam kandungan sentiasa berada dalam keadaan sihat.
Perkara-perkara tersebut termasuklah menjaga pemakanan harian, memperbanyakkan ibadah, berakhlak baik, dan sentiasa berdoa.
Tambahan pula, perkara-perkara ini boleh diamalkan supaya mudah-mudahan Ibu beroleh bakal anak yang taat, bijak, dan soleh.
Berikut merupakan antara doa ibu mengandung yang sering dinasihatkan untuk wanita amalkan sepanjang kehamilan bagi memohon perlindungan dan kemudahan daripada Allah SWT.
Himpunan Doa Ibu Mengandung
Doa 1
Doa ini sangat digalakkan untuk dibaca oleh semua ibu hamil pada setiap hari.
اللّهُمَّ احْفَظْ وَلَدِى مَادَامَ فِى بَطْمنِى وَاشْفِهِ أَنْتَ الشَّافِى لاَشِفَاءَ إِلاَّ شِفَاؤُكَ شِفَاءً لاَيُغَادِرُ سَقَمًا. اللّهُمَّ صَوِّرْهُ فِى بَطْنِى صُوْرَةً حَسَنَةً وَثَبِّتْ قَلْبَهُ إِيْمَانًا بِكَ وَبِرَسُوْلِكَ. اللّهُمَّ أَخْرِجْهُ مِنْ بَطْنِى وَقْتَ وِلاَدَتِى سَهْلًا وَتَسْلِيْمًا. اللّهُمَّ اجْعَلْهُ صَحِيْحًا كَامِلاً وَعَاقِلاً حَذِقًا عَالِمًا عَامِلاً. اللّهُمَّ طَوِّلْ عُمْرَهُ وَصَحِّحْ جَسَدَهُ وَحَسِّنْ خُلُقَهُ وَأَفْصِحْ لِسَانَهُ وَأَحْسِنْ صَوْتَهُ لِقِرَاءَةِ القُرآنِ وَالحَدِيْثِ بِبَرَكَةِ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَالحَمْدُ لِلهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ
“Allahummahfadz waladi maadaama fii bathni wasyfihi antas syafi laa syifaa’a illa syifaauka syifaan laa yughodiru saqoman.
Allahumma showwir fii bathni shurotan hasanatan wa tsabbit qolbahu iimanan bika wa birosuulika. Allahumma akhrijhu min bathni waqta wilaadati sahlan wa tasliiman.
Allahumaj’alhu shohiihan kaamilan ‘aaqilan hadziqon ‘aaliman ‘aamilan.
Allahumma thowwil ‘umrahu wa shohhih jasadahu wa hassin khuluqohu wa afshih lisaanahu wa ahsin shurotahu liqirooatil haditsi walqur’aani bibarokati Muhammadin Shollallahu ‘alaihi wasallama walhamdu lillahi robbil ‘aalamin”
Maksudnya: “Ya Allah, peliharalah anakku selama di dalam kandunganku dan sembuhkanlah segala penyakit. Sesungguhnya Engkau Maha Penyembuh dan tiada sembuhan melainkan dengan penawar Mu.
Ya Allah, lahirkanlah dari kandunganku ini dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera. Ya Allah, jadikanlah anakku ini sihat, sempurna, cerdik, berakal, cerdik, beriman serta beramal soleh.
Ya Allah, elokkanlah perangainya, fasihkanlah lidahnya dan merdukanlah suara untuk membaca Al-Quran dengan berkat Nabi Muhammad SAW, segala puji bagi Mu Tuhan Semesta Alam.”
Doa 2
Doa ini bagi memastikan agar anak di dalam kandungan sentiasa terpelihara.
اللّهُمَّ احْفَظْ وَلَدِى مَادَامَ فِى بَطْمنِى وَاشْفِهِ أَنْتَ الشَّافِى لاَشِفَاءَ إِلاَّ شِفَاؤُكَ شِفَاءً لاَيُغَادِرُ سَقَمًا
“Allahummahfadz waladi maadaama fii bathni wasyfihi antas syafi laa syifaa’a illa syifaauka syifaan laa yughodiru saqoman”
Maksudnya: “Ya Allah, peliharalah anakku selama dia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan Mu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.”
Doa 3
اللَّهُمَّ اخْرُجْهُ مِنْ بَطْنِيْ وَقْتَ وِلَادَتِيْ سَهْلًا وَتَسْلِيْمًا
Allahummakh rujhu min badhni waqta wila dati sahlan wataslima
Maksudnya: “Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku, di kala waktu bersalin, dengan mudah dan selamat.”
Doa 4
اللَّهُمَّ اجْعَلْهُ صَحِيْحًا كَامِلًا وَعَاقِلًا حَاذِقًا عَالِمًا عَامِلًا
Allahummaj ‘alhu sohihan kamilan waa’qilan haziqon ‘aliman ‘amila
Maksudnya: “Ya Allah, jadikanlah dia anak yang sihat, dan berakal, pandai, alim (dan) beramal.”
Doa 5
اللَّهُمَّ طَوِّلْ عُمْرَهُ وَصَحِّحْ جَسَدَهُ وَحَسِّنْ خُلُقَهُ وَأَفْصِحْ لِسَانَهُ وَأَحْسِنْ صَوْتَهُ لِقِرَاءَةِ الْقُرْآنِ وَالْحَدِيْثِ بِبَرَكَةِ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ
Allahumma towwal ‘um rohu wasohha jasadahu wahassan khulqohu waafsih lisanahu waahsin sowtahu liqiro atil qur aniwal hadisi bibarokati muhammadin sollallahu ‘alaihi wasallam walhamdulillah hirobbil ‘alamin
Maksudnya: “Ya Allah, panjangkanlah umurnya, jadikanlah jasadnya utuh, kurniakanlah budi pekerti yang baik padanya, kurniakanlah lisan yang fasih, kurniakanlah baginya suara yang indah untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan keberkatan Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah.
Doa 6
Doa ini ikhtiar supaya ibu yang akan bersalin nanti boleh bersalin secara normal.
Robbi yassir, waalaa tu’assyir. Fainna taysiro, kulli ‘asiir, ‘alaika yasiir. Allahumma tammim bil khoir. Birohmatika yaa arrhamar rohiimin
Maksudnya: “Ya Tuhanku, permudahkanlah dan jangan Kau sukarkan kerana Engkaulah Yang Maha Memudahkan, segala yang susah adalah mudah bagi Mu.
Ya Allah, sempurnakanlah dengan kebaikan, dengan rahmat Mu, Ya Arhamar Rahimin.”
Semoga beberapa doa ibu mengandung yang mudah ini dapat dipraktikkan bakal-bakal ibu dan memudahkan serta mengindahkan lagi perjalanan kehamilan ibu.
Himpunan Doa Penting Untuk Ibu Hamil dan Suami Hebat. 9 Bulan 10 Hari