BIG WHY & GRAND WHY
Yang pernah mengikuti kursus atau motivasi bisnes mungkin akan mendengar perkataan BIG WHY ditekan oleh penceramah sebelum memulakan bisnes. BIG WHY atau SEBAB TERBESAR seseorang itu memulakan bisnes sangat penting untuk pastikan kita sentiasa konsisten dengan apa yang kita usahakan tanpa menyerah kalah.
Ramai orang akan berkongsi tujuan mereka sama ada Big Why kerana anak, duit, ada pencapaian dalam hidup, terkenal, kepuasan, kebahagiaan, nak jadi orang yang bermanfaat dan sebagainya.
Sebagai contoh apakah BIG WHY seorang peniaga pisang goreng menjual di tepi jalan bertahan bertahun-tahun walaupun kadang kala tiada pelanggan, cabaran cuaca panas dan hujan lebat.
Kebiasaannya BIG WHY mereka adalah untuk membesarkan anak dengan mendapat makan yang mencukupi serta dapat bersekolah dan masuk universiti. Mereka tetap bertahan walau apapun cabaran.
Ramai orang menggunakan Big Why mereka untuk naik tangga yang tinggi dalam hidupnya. Tapi setelah sampai di puncak tangga ia berkata: “Oo saya dah naik tangga yang salah.”
Tapi tahukah korang tujuan hidup kita di dunia bukan itu sahaja ? Ada ‘WHY’ yang lebih besar yang rasanya ramai orang terlupa. Ia adalah GRAND WHY, iaitu sebab terbesar dan terutama.
APA ITU GRAND WHY ?
Grand Why apabila kita dapat menjawab menemukan tujuan serta makna kehidupan, pekerjaan dan semua urusan kita dengan 3 definisi SQ (Spiritual Quotient): siapa saya, dimana saya, dan mau kemana saya iaitu kemuncak segala adalah Pengabdian kepada Sang Pencipta.
Meletakkan Allah di tempat pertama walaupun apapun kita lakukan. Besarkan anak, ingin ada kewangan yang kuat, bekerja, menulis, bisnes , ingin bermanfaat kepada ramai orang semuanya hanya kerana Allah. Laillahhaillallah.
Inilah makna dan tujuan yang benar dan paling kuat.
Apabila kita mula lakukan sesuatu dari Grand Why (Pengabdian kepada Sang Pencipta), maka anak, duit, ada pencapaian dalam hidup, kepuasan, kebahagiaan, nak jadi orang yang bermanfaat akan didapatkan dan berhasil dengan izin Allah.
Kita juga tak akan mudah mengalah, lemah, malas dan nak buat ala kadar. Tak perlu orang beri motivasi lagi. Nak buang masa pun tak sedap hati. Kita sendiri akan termotivasi setiap saat dan waktu!
Ialah kita nak buat untuk Grand Why iaitu Pencipta kita kan. Tak kan nak buat biasa-biasa dan malas.
Kita juga akan jadi lebih tenang, berlapang dada kerana percaya dan yakin semuanya dari Allah, berlaku dengan izin Allah. Baik atau sebaliknya tiada yang izinkan berlaku dengan sia-sia.
Kesimpulannya, dalam bisnes, dengan mempunyai dan jelas Big Why dan Grand Why iaitu meaning (makna) and purpose (tujuan) kita nak capai sesuatu. Ia akan jadikan kita lebih tenang, kuat semangat, sentiasa termotivasi dan tidak mengalah walau dalam apa situasi.