SHAKLEE SUNGAI BULOH

Pengedar Shaklee Terbaik

5 TIPS BISNES ONLINE SEBAGAI EJEN PRODUK

5 TIPS BISNES ONLINE SEBAGAI EJEN PRODUK

Buat bisnes online ni berbaloi ke? Kalau tanya saya mestilah berbaloi. Sebab dulu, orang yang buat bisnes hanya mampu capai pelanggan sekadar kenalan rapat dan jiran-jiran. Tapi bila wujudnya bisnes online, capaian pelanggan lebih meluas. Bukan setakat dalam kawasan anda saja, tapi jauh beribu batu pun tak mustahil.

Cuba anda tengok sekeliling anda hari ini. Atau tengok tabiat berbelanja anda hari ini. Adakah masih dengan norma walk in setiap kali nak beli barang? Tak kan. Sekarang terutamanya semenjak fasa covid. Orang dah mula aktif membeli barang secara online.


Bagi saya, bisnes anda boleh dilakukan di mana-mana sahaja. Sangat sesuai untuk surirumah seperti saya yang inginkan time freedom dan pada masa yang sama dapat menjana income dari rumah

Sekarang jadi surirumah pun boleh ada pendapatan sendiri, payslip dan pencen!

Salah satu cara termudah untuk mulakan bisnes tanpa modal yang banyak atau tanpa sebarang modal ialah dengan menjadi wakil, pengedar atau ejen sesuatu produk atau servis.

Tak semua orang tahu cara terbaik buat bisnes online. Oleh itu, saya akan kongsikan dalam artikel kali ini. Supaya mereka yang nak mulakan bisnes boleh bina bisnes yang mampu bertahan selama bertahun-tahun.

Bisnes Online sejak 2012

Saya mula bisnes online sebagai ejen atau Pengedar Shaklee sejak tahun 2012 secara part time dan pada tahun 2013 saya meletakkan jawatan untuk teruskan bisnes Shaklee saya secara sepenuh masa.

Masa tu niat untuk membesarkan anak dan dalam masa yang sama nak ada income sendiri. Alhamdulillah bisnes online yang sangat berbaloi. Dapat membesarkan anak-anak sendiri, kesihatan diri dapat, urusan keluarga terurus dan ada kerjaya sendiri juga dalam masa yang sama.

Cara buat bisnes online ejen Shaklee #1 Be the best consumer

Saya mula mengenali Shaklee asbab masalah kesihatan saya yang teruk. Alhamdulillah lepas bermula dengan Set Family Wellness Shaklee, kesihatan saya bertambah baik dan tanpa sedar alhamdulillah dah lebih 18 tahun saya bebas ubat tahan sakit dan temujanji doktor di hospital.

Di situlah bermulanya kisah cinta dengan Shaklee sehinggalah saya mengandung, menyusukan anak, berpantang, tingkatkan kesihatan anak-anak, kesihatan emak yang lebih baik, penggunaan pencuci rumah yang selamat dan banyak lagi.

Dari pengalaman sendiri, barulah rasa untuk explore lagi mengenai syarikat Shaklee ni. “A great product comes from a great company

Buat 8 perkara penting ini untuk anda yang nak buat bisnes online Shaklee:

  1. Tahu company background dan company milestone
  2. Kisah Dr Forrest Shaklee, founder Shaklee Cooperation
  3. Tahu Shaklee Difference dan keistimewaan produk Shaklee
  4. Jelas tentang Marketing Plan dan insentif atau komisyen yang Shaklee bayar
  5. Tahu kelebihan produk Shaklee mengikut niche anda
  6. Selesaikan masalah pelanggan
  7. Sentiasa tambah ilmu
  8. Sentiasa tambah baik kualiti kerja

Cara buat bisnes online #2 Berkongsi Kisah Shaklee Anda Sendiri

Stories sell. Great SALES STORIES sell even more.

Kelebihan bercerita bila buat bisnes online adalah anda dapat membina trust kepada audience anda.

Cara membuatkan orang nak membeli dari cerita anda

  1. Masalah yang dihadapi oleh orang ramai, yang boleh diselesaikan oleh produk atau perkhidmatan anda.
  2. Cara untuk seseorang mengakses produk atau perkhidmatan itu dengan mudah
  3. Bagaimana produk atau perkhidmatan anda telah menghilangkan masalah itu

Tipsnya : Jual tapi tak nampak menjual ! Mudahkan 🙂

Cara buat bisnes online #3 Manfaatkan penggunaan platform ataupun media sosial 

Kalau dahulu kita terpaksa meniaga di tepi jalan ataupun bawa barang jualan dari rumah ke rumah. Namun, sekarang ni, kita ada pilihan. Dengan adanya internet, kita mampu mengembangkan potensi jualan ke seluruh dunia.

Internet sememangnya merupakan medium yang sangat terbaik untuk anda mempromosikan produk anda. Dengan adanya laman sosial seperti FacebookInstagram, blog dan Tik Tok ia adalah antara platform yang cukup dikenali ramai untuk anda pasarkan produk anda. 

Langkah permulaan yang terbaik adalah untuk create satu facebook page untuk memperkenalkan produk anda. Lepas tu, bolehlah anda dapatkan sokongan daripada rakan-rakan, ahli keluarga dan jaringan kawan-kawan di media sosial.

Ada lagi media sosial yang anda ketahui? Gunakannya.

FACEBOOK
INSTAGRAM
BLOG

Jangan lupa untuk follow media sosial Aza, ya

Cara buat bisnes online #4 Simpan database

Penting tak simpan database ni? Penting sangat!

Samada pelanggan anda membeli atau pun tidak, penting untuk anda simpan database untuk meningkatkan engagement dengan pelanggan. Antara kepentingan database juga adalah untuk menjaga pelanggan supaya mereka akan membeli lagi dengan anda.

Bila kita tengok pasaran bisnes online ni, memang kita ada ramai pesaing yang menjual produk yang lebih kurang sama. Apa yang membezakan kita antara peniaga yang lain adalah servis yang kita berikan kepada pelanggan kita.

Selain itu, dengan adanya database, ia boleh mengembangkan bisnes online anda dengan lebih berkesan. Dari situ boleh jadi mereka akan mengesyorkan produk anda dan membeli dengan anda lagi dan lagi. Inilah yang dinamakan word of mouth marketing. Pentingnya word of mouth ini adalah:

  1. Berkesan untuk meningkatkan jualan
  2. Dapat mempromosikan produk kepada pelanggan baharu
  3. Meningkatkan pengaruh ‘personal branding’ anda
  4. Mewujudkan loyal customer kepada produk anda

Cara buat bisnes online sebagai ejen #5 Konsisten

“Consistent action creates consistent results”

Buat apa saja dalam hidup anda secara konsisten. Lebih-lebih lagi bila anda melibatkan diri dalam bisnes online. Bila anda buat, akan dapatlah hasilnya.

Nak konsisten ni memang tak mudah. Paling penting bagi saya adalah sistem sokongan dari komuniti bisnes yang salin menyokong antara satu sama lain. Minat yang mendalam untuk berjaya dalam bisnes dan membantu orang lain sama-sama berjaya adalah salah satu dorang untuk seseorang itu konsisten dalam bisnes.


Untuk membina suatu legasi bisnes online yang berjaya sudah semestinya penuh dengan liku cabaran. Jadikan 5 cara terbaik buat bisnes online yang saya kongsikan pada kali ini sebagai panduan untuk anda memiliki bisnes yang bertahan selama bertahun-tahun.

Jika anda ingin mulakan bisnes online sebagai ejen Shaklee, boleh terus hubungi saya, Pengedar Shaklee Sungai Buloh sekarang, di nombor berikut dengan terus klik link whatsaapp di bawah ya

www.wasap.my/0162876196/NakBisnesShaklee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: