3 KELEBIHAN MENGAMALKAN GAYA HIDUP SIHAT
Kita sering mendengar tentang kepentingan amalan gaya hidup sihat . Ia seolah-olah sudah menjadi satu rutin untuk mendengar istilah tersebut. Ada pelbagai definasi gaya hidup sihat ni.
Ada yang berkata amalan hidup sihat ini adalah pemakanan sihat.
Ada juga menyentuh soal senaman dan aktiviti fizikal.
Tidak kurang juga yang mengatakan amalan gaya hidup sihat ni adalah berkaitan aspek emosi dan mental.
Lalu ramailah yang memberi pelbagai tips , petua tentang amalan gaya hidup sihat ni.
Tapi pernahkah anda terfikir mengapa kita perlu mengamalkan gaya hidup yang sihat?
APA KELEBIHAN AMALKAN GAYA HIDUP SIHAT DALAM KEHIDUPAN KITA ?
1. Mood dan emosi lebih baik
Apabila badan dalam keadaan yang sihat, sistem badan secara automatik akan berfungsi dengan lebih baik termasuklah emosi dan mental.
Sejenis hormon bernama endorfin dilepaskan semasa aktiviti fizikal.
Hormon ini membuatkan seseorang berasa gembira dan tenang.
Selain itu, keadaan fizikal yang sihat tentunya menjadikan kita lebih bertenaga, dapat berfikir lebih fokus dan menambah keyakinan diri
Bila emosi dan mental kita tenang, ia membantu kita menguruskan cabaran kehidupan dengan lebih baik.
Seterusnya menjadikan kehidupan kita bersama orang sekeliling, keluarga, teman-teman dan ditempat kerja lebih sempurna dan bermakna.
2. Mencegah daripada penyakit
Pemakanan yang tidak dijaga secara jelas meningkatkan risiko penyakit-penyakit utama.
Ini termasuk kencing manis, tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan strok.
Daripada semua penyakit ini, semua organ di dalam badan boleh terjejas termasuk keadaan mental.
Pastikan anda menjalani pemeriksaan kesihatan berkala setiap tahun.
Percayalah, mencegah lebih baik daripada merawat.
3. Memanjangkan usia
Jika badan dalam keadaan sihat dan tiada penyakit kronik yang serius, sudah pasti, dari sudut sains, jangka hayat akan meningkat.
Mereka yang aktif dan sihat jangka hayat lebih panjang selama 6 tahun berbanding mereka yang tidak aktif dan juga obes.
Gaya hidup yang sihat adalah langkah terbaik dalam menjalani kehidupan bebas penyakit.
Bukan sahaja kesihatan akan meningkat, produktiviti, ekonomi dan kemakmuran negara juga turut berkembang.
Ahkir sekali, mulakan gaya hidup sihat dengan mengubah sikit demi sikit dalam setiap aspek kehidupan. Mulakan dengan langkah kecil dan tambah baik dari semasa ke semasa. Ingat, ia adalah sebuah perjalanan bukannya destinasi.